Kes cacar air di Gaza meningkat, usaha kekang penularan mencabar

2026-07-21 HaiPress

Foto AFP

BANDAR GAZA,21 Julai – Kes cacar air di Gaza dilapor meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini,menurut pakar dermatologi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin,Raed Abdel Karim Abu Sariya.

RINGKASAN BERITA AI

Kakaknya,Alaa Saadeh,19 tahun,berkata Ruba sepatutnya perlu dibersihkan setiap hari dan diasingkan selama 20 hari,tetapi keluarganya tidak mempunyai ruang untuk berbuat demikian kerana mereka tinggal bersama di dalam sebuah khemah.

Selain tidak dapat mengasingkan Ruba,keluarga berkenaan turut berdepan kekurangan bekalan air serta barangan kebersihan diri.

Alaa berkata keluarganya hanya menerima bekalan air seminggu sekali,manakala barangan kebersihan diri pula sukar diperoleh kerana harganya terlalu mahal.

“Kami telah melalui peperangan selama tiga tahun dan ayah saya tidak mempunyai pekerjaan,jadi kami tidak mampu membeli barangan berkenaan,” katanya.

Ruba berkata sebelum dipindahkan ke kem,dia mandi setiap hari,tetapi kini ibunya hanya mampu mencurahkan air ke mukanya.

“Apa salah kami sehingga terpaksa hidup begini? Dengan ruam di seluruh badan,tinggal di dalam khemah dan tidak dapat tidur kerana tikus berkeliaran,” katanya. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.