Kebakaran hutan terbesar di Sepanyol tahun ini masih belum terkawal

2026-07-22 HaiPress

Kebakaran hutan besar di utara Madrid / Foto fail REUTERS

MADRID,22 Julai – Lebih 600 anggota bomba dan tentera,dibantu 29 pesawat pemadam kebakaran,bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan besar di utara Madrid yang memasuki hari keenam pada Selasa,dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai antara operasi paling mencabar pernah dihadapi negara itu.

RINGKASAN BERITA AI

Presiden Wilayah Castilla-La Mancha,Emiliano García-Page berkata,anggota bomba berjaya menghalang api daripada mara ke bandar Soria,namun kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

“Ini merupakan antara kebakaran hutan paling rumit yang pernah kami tangani sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Menurut pihak berkuasa,kebakaran bermula di kawasan hutan terpencil sebelum merebak dengan pantas ke bukit-bukau berhampiran akibat tiupan angin kencang.

Operasi memadam kebakaran turut berdepan kesukaran berikutan kawasan itu mempunyai penempatan penduduk yang jarang,dipenuhi belukar terbiar serta mengalami kemarau yang teruk.

Situasi menjadi lebih mencabar apabila Sepanyol memasuki gelombang haba ketiga musim panas tahun ini,dengan suhu dijangka melebihi 40 darjah Celsius di sebahagian besar negara.

Pihak berkuasa memaklumkan sebanyak 34 perkampungan kecil di wilayah Castilla-La Mancha telah dipindahkan,manakala penduduk di 14 daerah lain diarahkan berada di dalam rumah bagi mengelakkan risiko terhidu asap dan bahaya kebakaran.

Awal bulan ini,Sepanyol turut berdepan antara kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah moden apabila kebakaran di wilayah Almeria mengorbankan 13 nyawa dan memusnahkan kira-kira 7,000 hektar kawasan.

Jurucakap kerajaan,Elma Saiz berkata,negara itu kini berdepan tempoh yang amat mencabar dengan risiko kebakaran hutan kekal pada tahap yang sangat tinggi.

Menurut saintis,perubahan iklim akibat aktiviti manusia menyebabkan gelombang haba berlaku lebih kerap,berpanjangan dan lebih ekstrem,sekali gus mengeringkan tumbuh-tumbuhan serta meningkatkan risiko kebakaran hutan berskala besar.

Berdasarkan Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS),lebih 393,000 hektar kawasan di Sepanyol musnah akibat kebakaran sepanjang tahun 2025,jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah moden negara itu. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.