2026-07-22
HaiPress

Setiausaha Negara AS,Marco Rubio,bersama menteri-menteri luar ASEAN di Manila / Foto AFP
MANILA,22 Julai – Pertembungan membabitkan anggota pengawal pantai China dan Filipina di Laut China Selatan membayangi Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Selasa,ketika Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan Beijing yang disifatkan sebagai “berbahaya” di perairan yang menjadi pertikaian itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kebebasan ini tidak terjamin selama-lamanya. Jika laluan perairan ini dikuasai kuasa yang sanggup menggunakan perdagangan sebagai senjata geopolitik,AS dan negara anggota ASEAN akan berdepan ancaman serius terhadap kedaulatan,keselamatan dan masa depan ekonomi mereka,” katanya,merujuk kepada China.
Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan sebagai wilayahnya walaupun Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague pada 2016 memutuskan tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.
Pada Isnin,anggota pengawal pantai China dan Filipina bertembung di Beting Ayungin,yang turut dikenali sebagai Second Thomas Shoal,dalam insiden maritim paling serius sejak beberapa bulan lalu.
Filipina mendakwa anggota Pengawal Pantai China menyerang kelasi negara itu berhampiran kapal perang usang yang dijadikan pos tentera di beting berkenaan.
Bagaimanapun,China menuduh Filipina mencetuskan insiden itu dengan menghantar anggota menggunakan bot getah untuk menghampiri kapalnya.
Pertembungan itu menimbulkan keraguan terhadap usaha ASEAN dan China memuktamadkan Kod Tatakelakuan Laut China Selatan yang telah lama dirunding.
Namun,Duta Besar China ke Filipina berkata perjanjian itu masih berpotensi dimeterai sebelum penghujung tahun ini.
Dalam perkembangan lain,konflik yang kembali memuncak di Selat Hormuz susulan perang antara AS dan Iran turut menjadi perhatian pemimpin serantau kerana berisiko menjejaskan bekalan tenaga serta perdagangan global.
Filipina yang bergantung kepada import tenaga mengisytiharkan darurat tenaga pada Mac lalu dan memperluaskan sumber import bahan api,termasuk membeli minyak dari Rusia.
Menteri Luar Rusia,Sergey Lavrov,dijadual tiba di Manila pada Selasa bagi menghadiri siri mesyuarat ASEAN.
Sidang minggu ini dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keselamatan tenaga serantau,selain membincangkan isu keselamatan maritim dan kestabilan geopolitik di Asia Tenggara. – AFP