Tiada operasi khas atau tindakan terhadap individu belum kemas kini alamat MyKad – JPN

2026-07-23 HaiPress

Ketua Pengarah JPN,Datuk Badrul Hisham Alias ketika Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR): Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Johal./ RTM

KUALA KRAI,23 Julai – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada tindakan penguatkuasaan dilaksanakan ketika ini terhadap individu yang belum mengemas kini alamat pada MyKad selepas berpindah kediaman,walaupun kewajipan itu diperuntukkan di bawah undang-undang.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau menjelaskan kenyataan itu dibuat bagi memperbetulkan kekeliruan yang timbul di media sosial susulan kenyataannya mengenai kewajipan mengemas kini alamat pada MyKad.

Dalam perkembangan sama,beliau turut menafikan dakwaan bahawa pertukaran alamat di JPN akan menyebabkan pusat mengundi seseorang berubah secara automatik.

Sebaliknya,selepas alamat dikemas kini pada MyKad,seseorang pemilih masih perlu mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi urusan pertukaran bahagian atau pusat mengundi mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

“Selepas tukar alamat dalam MyKad,orang ramai masih perlu pergi ke SPR untuk memohon pertukaran pusat mengundi. Ia tidak berubah secara automatik hanya kerana alamat dalam MyKad telah dikemas kini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan tidak membuat spekulasi sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.