Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang

2026-07-27 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin / Foto BERNAMA

GEMAS,27 Julai – Malaysia bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain dalam tempoh dua bulan akan datang tanpa perlu menanggung yuran penganjuran yang lazimnya mencecah ratusan juta ringgit.

RINGKASAN BERITA AI

“Semalam dia (FIA) telefon dan memaklumkan bayaran awal yang perlu dibayar kepada Formula One Management telah dikecualikan. Jadi kita menganjurkannya secara percuma. Walaupun ada sedikit perbelanjaan untuk menaik taraf litar,ia adalah penambahbaikan yang akan terus dimanfaatkan bagi perlumbaan F1,MotoGP dan acara lain.

Saya jangkakan kosnya sekitar RM11 juta hingga RM16 juta. Negara lain perlu membelanjakan ratusan juta ringgit,malah ada yang mencecah lebih RM1 bilion untuk menjadi tuan rumah,tetapi kita hanya diminta membelanjakan sekitar RM16 juta untuk menjadi tumpuan dunia,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Garison,Kem Syed Sirajuddin,di sini,hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata,penganjuran perlumbaan itu dijangka memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara apabila ribuan jurutera,pasukan perlumbaan serta peminat Formula 1 dari seluruh dunia hadir ke Malaysia.

Beliau berkata,kejayaan membawa Formula 1 kembali ke Sepang turut mengukuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,stabil dan berkeupayaan menganjurkan acara sukan bertaraf dunia.

Semalam dilaporkan Malaysia bersedia menyambut kepulangan perlumbaan F1 ke Litar Antarabangsa Sepang selepas sembilan tahun,apabila bakal menjadi tuan rumah GP F1 Bahrain dari 2 hingga 4 Okt depan.

SIC menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan dari kalendar F1 susulan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.